Monday, May 7, 2012

~Gerakan Pengguna Siswa~


Latar Belakang GPS

Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.
GPS ditubuhkan bersesuaian dengan misi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu memacu negara ke arah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa.

Objektif GPS

GPS mempunyai tiga objektif utama 
Membentuk kumpulan pengguna generasi baru yang bijak, rasional dan bertanggungjawab supaya mahir dalam membuat keputusan pembelian barangan dan perkhidmatan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti harga, kualiti, keselamatan, penggunaan sumber, pertimbangan ekologi dan keadaan ekonomi semasa.
Mewujudkan gerakan kepenggunaan yang berinformasi, rasional, peka dan mempunyai semangat sukarelawan bagi membantu melindungi pengguna daripada segala bentuk penyelewengan.
Membangunkan rangkaian kerjasama yang besar, bersatu padu, komited dan proaktif dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepenggunaan yang menyumbang kepada peningkatan kesedaran serta pengetahuan kepenggunaan di kalangan pelajar dan masyarakat.

teeeeeeeettttttttttttt....
Tadi aku p UUM...ada majlis pelancaran GPS peringkat negeri kedah...
siyes best....ramai kot pelajar2 dari ipt utara nie....
banyak booth depa bukak...antaranya tabung haji,acer bla bla....xlarat nak tulis sume...hehehee..

pagi 2,aku n lagi 9 kwn2 kena beratur untuk sambut Menteri dato Sri Ismail sabri b.yaakob..pakat beratur la ramai2...pas2 beliau pon tibala n mula berarak masuk untuk majlis pelancaran...aku tengok dia jalan masuk n dok bersalam n bersembang kat belah yg aku beratur 2...aku ketaq dah..bukan pa,takut dya mai salam ja...
nasib bek la member2 laki memahami n depa coverline mai dok kat barisan aku dok n aku p dok kat barisan depa....so selamatlah aku dr menjadi mangsa salaman beliau...hehehehe

Majlis bermula dengan nyanyian lagu then ucapan menteri,naib canselor suma 2 la...bab nie yg aku lemah nie...sbb mata aku mula la nak terpejam...haishhhh...tahan jela....
dah depa berucap dlm sejam dua,tamatlah ucapan depa 2....yang xley blah 2,masa last 2,ada persembahan khas dari D a f I......dafi...wahaha..lawak toi...
kira pakej lengkapla nie,anak ngan ayah mai skali....aku layan jela lagu pa xtaw dya nyanyi...aku xkisah ngat sbb fokus aku kat gerai2 yg ada sekeliling 2....abeh ja dya nyanyi teruih aku serbu gerai2 kat tepi 2...

best sangat2 sebab aku dapat kumpui beg,keychain, pen n mcm2 lagila....da 2 dapat mkn lagi....mmg best la...hehehe

apepon,aku harap lepas nie aku akan dapat jlnkan tugas aku sebaiknya dlm mengenengahkan masalah2 tentang hak2 pengguna di IPDA nie...hehehehe


dekat depan dewan uum

masa dok dengaq ucapan..dan lagi 2..hehe


~majulah GPS di IPDA ~

                                                         ~KBAI~

2 comments: