Tuesday, April 26, 2011

~TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT ~


Assalamualaikum semua......
malam tiba2 rasa cam banyak sangat dosa........mmg banyak pon......
erm,jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa cuba untuk menjauhi perkara2 yang menyebabkan dosa.......

"Rasulullah SAW  pernah bersabda kepada Aisyah r.a,"jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan,maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNYA,kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya ,dan kemudian dia bertaubat kepada Allah,nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.

(HR BUKHARI,MUSLIM,DAN AHMAD)

Taubat merupakan ubat yang dapat diperoleh bagi setiap orang yang terkena penyakit jiwa dan perbuatan2 yang buruk.
Wahai sahabat2 kaum muslimah,perhatikanlah ayat2 Al-Quran yang menyerumu supaya bertaubat.
Firman Allah:
"katakanlah wahai hamba-hambaku yang melampaui batas,janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah.Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(surah az-zumar:53)

"dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman,supaya kamu berjaya".
(an-nur:31)

Bertaubat kerana dosa dan kesalahan harus  dilakukan secara langsung dan terus menerus ,sama ada dosa yang dilakukan itu kecil mahupun besar.


sesungguhnya manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesalahan dosa.....
Hanya kepada Allah tempat kita memohon keampunan......




sekian untuk kali ini....               


salam ukhuwah.........

No comments:

Post a Comment