Friday, April 22, 2011

~MENANGISLAH DEMI SEBUAH PENYESALAN~

Assalamualaikum.........apa khabar semua...harapnya berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dibawah lindungan Allah Taala.....

bercakap soal penyesalan,pernahkah kita semua menangis kerana mengenangkan dosa2 kita...emm....
Seorang sahabat pernah menangis dihadapan saya dan menyesali segala apa yang telah dilakukan....semua orang  tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan...apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menyesali perbuatan tersebut,bertaubat dan cuba untuk berubah menjadi lebih baik...sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani.......
Air mata yang mengalir kerana Allah lebih baik daripada airmata yang mengalir kerana manusia....
Bersyukurlah sekiranya kita menyesali segala perbuatan yang telah lalu....sesungguhnya Allah masih memberi kita ruang untuk bertaubat dan berubah...seandainya kesedaran tidak diberikan kepada kita,nescayasampai saat ini pon kita akan terus bergelumang dengan kemaksiatan.....

Wahai sahabat-sahabat sekalian....sentiasalah menyesali segala perbuatan yang tidak baik...bertaubatlah...setelah semua itu anda lakukan,jangan sesekali menoleh semula kebelakang.....lets gone be by gone.....
semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh......

Sekian untuk kali ini.....
Salam ukhuwwah..........






No comments:

Post a Comment