Tuesday, April 26, 2011

~TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT ~


Assalamualaikum semua......
malam tiba2 rasa cam banyak sangat dosa........mmg banyak pon......
erm,jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa cuba untuk menjauhi perkara2 yang menyebabkan dosa.......

"Rasulullah SAW  pernah bersabda kepada Aisyah r.a,"jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan,maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNYA,kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya ,dan kemudian dia bertaubat kepada Allah,nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.

(HR BUKHARI,MUSLIM,DAN AHMAD)

Taubat merupakan ubat yang dapat diperoleh bagi setiap orang yang terkena penyakit jiwa dan perbuatan2 yang buruk.
Wahai sahabat2 kaum muslimah,perhatikanlah ayat2 Al-Quran yang menyerumu supaya bertaubat.
Firman Allah:
"katakanlah wahai hamba-hambaku yang melampaui batas,janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah.Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(surah az-zumar:53)

"dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman,supaya kamu berjaya".
(an-nur:31)

Bertaubat kerana dosa dan kesalahan harus  dilakukan secara langsung dan terus menerus ,sama ada dosa yang dilakukan itu kecil mahupun besar.


sesungguhnya manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesalahan dosa.....
Hanya kepada Allah tempat kita memohon keampunan......




sekian untuk kali ini....               


salam ukhuwah.........

Friday, April 22, 2011

~MENANGISLAH DEMI SEBUAH PENYESALAN~

Assalamualaikum.........apa khabar semua...harapnya berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dibawah lindungan Allah Taala.....

bercakap soal penyesalan,pernahkah kita semua menangis kerana mengenangkan dosa2 kita...emm....
Seorang sahabat pernah menangis dihadapan saya dan menyesali segala apa yang telah dilakukan....semua orang  tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan...apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menyesali perbuatan tersebut,bertaubat dan cuba untuk berubah menjadi lebih baik...sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani.......
Air mata yang mengalir kerana Allah lebih baik daripada airmata yang mengalir kerana manusia....
Bersyukurlah sekiranya kita menyesali segala perbuatan yang telah lalu....sesungguhnya Allah masih memberi kita ruang untuk bertaubat dan berubah...seandainya kesedaran tidak diberikan kepada kita,nescayasampai saat ini pon kita akan terus bergelumang dengan kemaksiatan.....

Wahai sahabat-sahabat sekalian....sentiasalah menyesali segala perbuatan yang tidak baik...bertaubatlah...setelah semua itu anda lakukan,jangan sesekali menoleh semula kebelakang.....lets gone be by gone.....
semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh......

Sekian untuk kali ini.....
Salam ukhuwwah..........






~BERLEBIH-LEBIH DALAM MENGGUNAKAN TELEFON~

Assalamualaikum........
harini saya ingin berkongsi sedikit nasihat dalam penggunaan telefon.....khususnya untuk para muslimah sekalian......

Sesungguhnya telefon merupakan prasarana komunikasi yang sangat banyak manfaatnya....xp kadang-kadang disebabkan telefon jugalah hidup kita hancur.....biasalah,zaman dah makin canggih,,,telefon sume ada kamera...bley ntaq2 gambaq,mesej n macam2 lagila...so meh kita tgk lebih lanjut tentang penggunaan hanset or  telefon nie......

Wahai wanita muslimah!
ketahuilah bahawa perbualan melalui telefon tanpa ada keperluan tidak seharusnya dilakukan menurut pandangan syariat....Bagaimanakah pendapat kamu tentang perbualan yang dilakukan sekadar suka2 or nak main2 jew...apatah lagi jika diiringi dengan suara yang lemah lembut dan manja???????

Maka sesungguhnya,perkara itu menjurumuskan wanita kepada kehancuran..Disisi lain,ramai kaum wanita yang menghabiskan waktu2nya untuk berkomunikasi dengan teman2,dimana kebanyakkan perbualan tersebut adalah tidak bermanfaat.
so,hendaklah seseorang muslimah itu menghindari perbuatan tersebut.ini kerana perkara tersebut akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....


Sesungguhnya maruah seorang wanita itu sangat tinggi nilainya....maka,jagalah dengan sebaik-baiknya,...

Sekian untuk kali ini.........

Salam Ukhuwwah fillah.....

Thursday, April 21, 2011

~KEMATIAN ITU SATU KEPASTIAN~

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian......
hurm,lama benar rasanya x update blog nieh...fuuuh fuhhhhh..erm,dah berhabuk pon....al maklumlah busy sket...hee...mengalahkan menteri plak......

erm,tanpa disedari,waktu menginjak dari detik ke detik..dari minggu ke bulan,dari bulan ke tahun...betapa pantasnya masa berjalan....berapa banyakkah amalan yang kita lakukan sebagai persiapan untuk ke destinasi baru......setiap detik yang berlalu itu mendekatkan lagi jarak kita dengan kematian....

Ya Allah,betapa aku sungguh lalai dalam mengingati mati...setiap detik penuh keceriaan....seolah-olah aku tidak akan mati untuk selamanya...Seandainya esok ajal menjemputku,apakah bisa aku menjawab segala persoalan yang ditanyakan oleh dua penemuduga mungkar dan nakir....Allah,tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang,penuhilah jiwaku dengan nur hidayahmu...aku tidak rela mati dalam kekufuran....semoga aku akan sentiasa dilindungi olehmu Ya Allah....

bercakap soal mati,betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah kita...70 kali dalam masa 24 jam.....seandainya kita sedar malaikat maut sedang merenung dan melihat kita untuk dicabut nyawa,pasti kita akan merasa ketakutan dan mempersiapkan amal ibadat secukupnya.....


wahai teman-teman seperjuangan,perlengkapkanlah amal ibadat secukupnya sebagai persediaan untuk kita menghadapi saat kematian.....
cukuplah sampai di sini dahulu...sebelum itu,bacalah ini sebagai peringatan...

NOSTALGIA KEMATIAN
kematian,
suatu kemestian dalam kehidupan,
setiap yang hidup pasti merasainya,
tidak ada yang terlepas darinya,
tidak kenal usia ataupun masa.

kematian,
amatlah ditakuti setiap umat manusia,
apatah lagi yang tak beriman kepadanya
,kecuali yang sedia menanti,
dengan iman penuh di dada.
Kematian,
pabila jasad terbujur kaku,
di pembaringan,
tiada apa yang dapat kita lakukan,
tiada harta yang kita bawakan,
hanyalah  sehelai kain kafan.

kematian,
pabilaa jasad kita dikuburkan,
ditimbus tanah ditinggalkan,
di baca talqin ilmu akhiran,
hanya amalan menjadi teman.........


Sesungguhnya,bukan kita yang menentukan ajal.....ayah,ayu rindukan ayah sangat-sangat....belum sempat ayu 
menikmati kasih ayah...belum puas ayu mengenggam tangan ayah..terkontang-kanting rasanya hidup ini tanpa ayah...hanya kesabaran yang masih tinggal...ayah,bagaimana harus ayu pikul tanggungjawab sebagai kakak ayah...ayu sendiri masih terlalu cetek ilmu.... ayah,moga ayah tenang disana..anakmu ini akan sentiasa mendoakan ayah...ayu sayang ayah sangat-sangat.........=(   (al-fatihah untuk ayah)









ukhuwwah fillah.......