Wednesday, January 19, 2011

PERNIKAHAN

malam nie,tiba2 ase  nak berkongsi la apa yang saya da blajar minggu nie...banyak sangat ilmu yang saya dapat.....untuk remaja2 kat luar sana,xperlula nak adakan hubungan yang tidak halal bagi kamu.......kerana pernikahan itu adalah jalan untuk mengurangkan maksiat.....so,seandainya korang rasa da xdapat nak tahan nafsu,maka kahwinlah jalan terbaek....
harap2  sume dapat la cedok ilmu yang akan saya kongsikan ini..................

PERNIKAHAN
DARI SEGI BAHASA:Berkumpul @berhimpun
ISTILAH:suatu ikatan yang berlaku melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin diantara pasangan lelaki dengan pasangan wanita bagi mengharuskan pergaulan antara mereka dan menghalalkan persetubuhan yang diharamkan diantara mereka sebelumnya...


 Hukum berkahwin itu ada empat :
1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya. 
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin. 
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

5. Rukun-rukun nikah :
1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri. 
3. Wali yang adil 
4. Dua orang saksi yang adil 
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)

6. Syarat-syarat lelaki bakal suami :
1. Beragama Islam 
2. Tidak berihram haji atau umrah
3. Lelaki tertentu 
4. Belum mempunyai empat isteri 
5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan 
6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)

7. Syarat-syarat perempuan bakal isteri :
1. Beragama Islam. 
2. Perempuan yang tertentu.
3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5. Tidak berihram haji atau umrah.

8. Syarat-syarat wali :
1. Beragama Islam.
2. Seorang lelaki. 
3. Baligh.
4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan. 
5. Tidak berihram haji atau umrah.
6. Orang yang adil ( tidak fasiq ). 
7. Seorang yang sempurna akalnya.

9. Syarat-syarat saksi :
1. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
2. Beragama Islam. 
3. Berakal
4. Baligh 
5. Lelaki.
6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur). 7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul. 
8. Orang yang adil (tidak fasiq)

10. Sighah Ijab:
1. Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa jua bahasa.
2. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.
Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".
Sighah Qabul : Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang.
Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .
11. Tanggungjawab suami kepada isteri :
1. Pemberian maskahwin. 
2. Pemberian nafkah.
3. Berkelakuan baik. 
4. Memberi bimbingan. 
5. Menjaga kehormatan isteri. 
6. Memberi layanan zahir dan batin.
7. Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.

12. Tanggungjawab isteri kepada suami :
1. Wajib taat kepada suaminya. 
2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya. 
3. Wajib menjaga kehormatan dirinya. 
4. Wajib menjaga rumahtangganya. 
5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.

13. Tanggungjawab bersama suami dan isteri :
1. Halal pergaulan sebagai suami-isteri.
2. Suci benih keturunan. 
3. Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya. 
4. Sah taraf anak (keturunan) kepada suami. 
5. Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.
6. Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.
7. Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.





















SALAM UKHUWWAH.................













No comments:

Post a Comment