Thursday, February 17, 2011

-SAMBUTAN MAULIDUR RASUL-

Assalamualaikum semua....semoga semuanya sihat....
rasanya belum terlambat untuk saya berkongsi rasa dan cerita tentang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW......
ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...

MAULIDUR RASUL kali ini meninggalkan kesan yang agak besar dalam hidup saya.di sini saya ingin berkongsi cerita dan rasa ketika sambutan maulidur rasul kali ini.

14 februari...9.00 malam..
malam itu,saya dan sahabat2 bersiap2 untuk menyambut hari kekasih..semua berkumpul di hadapan asrama...kemudian kami sama2 menuju ke dataran darulaman di mana sambutan itu diadakan.Ketika itu,belum ramai lagi yang hadir.beberapa lama kemudian,orang ramai mula memenuhi dataran...semuanya tidak mahu melepaskan peluang menyambut hari kekasih ini...tidak kira muda mahu pun yang tua.kami mulakan sambutan ini dengan qasidaah dan berzanji....allah....sungguh asyik mendengar qasidah dan berzanji yang diketuai oleh ustaz abdullah....ketika muda mudi yang lain sedang asyik dengan valentine nya,syukur allah takdirkan kami di sambutan hari kekasih junjungan besar nabi muhammad saw....kami teruskan sambutan ini dengan berselawat ke atas rasulullah saw...subhanallah,x dapat saya gambarkan perasaan saya ketika itu..sedih,gembira,syahdu bercampur baur...ada yang menitiskan air mata ketika sama2 berselawat...ukhuwwah yang terbina ketika sambutan ini sangat kuat...walaupun tidak mengenali antara satu sama lain,kami sama2 berpegangan tangan dan bersalaman....kemudiannya,kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh syeikh dari arab...ya allah,kerdilnya diri ini..betapa saya tidak mengenali rasul dengan sebenar-benarnya..xp kalau ditanya tentang mawi,saya mengenalinya dengan mendalam..astaghfirullahal azim....ampunkan dosaku ya allah....

15 februari......8.00 pagi...
kami bertolak ke taman mahsuri untuk perarakan maulidur rasul.....subhanallah,ramai sangat manusia yang menyertai perarakan ini...termasuk juga golongan non-muslim....malunya kita sekiranya tidak mengenali dan mencintai rasulullah.bodohnya kita sekiranya tidak mahu mengikut ajaran rasululah..sedangkan golongan non muslim dapat memberikan sokongan dalam pearakan ini...tidak kira panas dan penat,mereka tetap menyertai perarakan ini.kami berarak dari taman mahsuri ke masjid al-muttaqin.kanak-kanak antara insan yang paling bersemangat berselawat ke atas rasulullah....alhamdulillah....syukur kerana ibu bapa mereka memberikan didikan agama  untuk mereka...kemudian,kami semua berkumpul di hadapan masjid al-mutaqqin....setelah itu,kami sama2 mendengar ceramah maulidur rasul tentang keajaiban yang berlaku ketika kelahiran rasulullah saw....antara keajaibannya ialah,rasulullah lahir dalam keadaan bersujud kepada allah..nabi juga lahir dalam keadaan sudah siap berkhatan..selain itu,api sembahan majusi yang tidak pernah terpadam  beratus tahun,terpadam ketika kelahiran rasulullah saw...subhanallah......
kami akhiri sambutan dan perarakan maulidur rasul ini dengan jamuan yang menyelerakan....
sesungguhnya,banyak pengalamn terindah yang dapat saya kutip sepanjang sambutan ini berlangsung....

oleh itu,sama2 lah ita menghayati sunnah rasulullah..ikutlah apa yang telah diajar oleh baginda kerana cinta baginda terhadap umatnya tidak terbatas.....rasulullah contoh  terbaik  ntuk diikuti.....

sekian untuk kali ini.....
salam ukhuwah untuk semua......

No comments:

Post a Comment